PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMPKP

Sunday, February 8, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG SMPKP KALI KE-24

Dato’/Datin/Tuan/Puan

MESYUARAT AGUNG PIBG SM PENDIDIKAN KHAS PERSEKUTUAN KALI KE-24
Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2.         Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan  seperti ketetapan:
Tarikh              : 13 Februari 2015
Masa               : 3.00 petang
Tempat             : Dewan Khir Johari, SMPKP

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1        Ucapan Pengetua SMPKP.
3.2        Ucapan Yang DiPertua PIBG sesi 2014/2015.
3.3        Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-23.
3.4        Perkara-perkara berbangkit.
3.5        Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
3.6        Membentang dan menerima Penyata Kewangan.
3.7        Pembubaran AJK PIBG Sesi 2014/2015 dan Perlantikan Pengerusi Sementara.
3.8        Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2015/2016.
3.9        Membentang dan Membahaskan Usul.
3.10      Ucapan penangguhan.
3.11      Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG 2014/2015.
3.12      Cabutan bertuah.

4.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut.

5.         Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan usul dan slip kehadiran tuan/puan untuk dikembalikan kepada Setiausaha Kehormat PIBG melalui guru tingkatan anak tuan/puan selewat-lewatnya pada atau sebelum 11 Februari 2015 (Hari Rabu). Usul tuan/puan juga boleh dihantar melalui SMS di nombor telefon 0132484457 atau emel: supibgsmpkp@gmail.com.

6.         Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan 2015/2016.
7.         Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menurut Perintah,
(SITI KHAMARIYAH BT KAMARUDIN)
Setiausaha Kehormat
PIBG SMPKP

Thursday, September 4, 2014

Camp Cyber Kids - MAXIS

5 September 2014

 
Perasmian Camp Cyber Kids - MAXIS
Bilik Tayangan SMPKP
Ucapan Tuan Pengetua seterusnya merasmikan majlis.
Day 1: Pelajar dan guru-guru mengikuti bengkel 1; membuka akaun dalam Portal CyberKids Maxis

Friday, August 29, 2014

Majlis Makan Malam Sambutan 60 Tahun SMPKP

Sempena Sambutan 60 Tahun SMPKP @ FSD, Persatuan Bekas Pelajar SMPKP telah mengadakan satu Majlis Makan Malam sempena Sambutan 60 Tahun SMPKP yang telah berlangsung pada 23 Ogos 2014, bertempat: Straight Quay Conventional Center (SQCC).

Ramai bekas pelajar serta guru-guru dan pengetua yang hadiri majlis tersebut.
 


Friday, August 15, 2014

HARI SUKAN TAHUNAN SMPKP 2014 - 16 Ogos 2014

Ibu bapa yang hadir

Kontigen-kontigen wakil Unit Badan Beruniform, Rumah Biru, Kuning & Merah


Sunday, July 6, 2014

Sambutan Ulang Tahun ke-60 SMPKP Peringkat sekolah

Tarikh: 4 April 2014
Tempat: Dewan Khir Johari, SMPKP

Persiapan awal 

Persiapan meja juruacara

Bahagian pameran

Persembaan daripada wakil guru SMPKP

Persembahan daripada Kelab Kebudayaan, SMPKP

Acara memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60

Sebahagian daripada tetamu Kehormat yang hadir.

Mesyuarat Agong Ke 27

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 27
Tarikh: 21 Mac 2014
Masa: 3.00 - 5.00 petang.

Ucapan oleh En Mohd Rosyam B Abdullah
Mantan YDP PIBG 2013/2014

Sebahagian Barisan AJK PIBG 2014/2015

Saturday, July 5, 2014

Karnival Sambutan 60 tahun SMPKP

Karnival Sambutan Ulang Tahun SMPKP ke-60 akan diadakan:

Tarikh: 22 Ogos 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.30 petang

Kehadiran orang ramai, penduduk sekeliling, bekas pelajar, bekas guru amat dialu-alukan..
Kehadiran Tuan/Puan amat diperlukan bagi  memeriahkan lagi acara.